Monday, August 31, 2009

Cerita Kisah Secawan Susu

Pada musim sejuk yang lalu, seorang ibu meminta anaknya untuk membeli secawan susu, dan meminta anaknya agak susu itu tidak tumpah keluar dari cawan tersebut.

Anaknya pergi ke kedai susu membelinya dengan perasaan yang gembira. Dalam perjalanan pulang ke rumah, anaknya menjaga susu tersebut dengan teliti agak tidak tumpah.Tiba-tiba, anak itu, terjatuh dan secawan susu pun tumpah ke atas tanah. Anak tersebut berasa sedih.

Apabila tiba di rumah, anak pun memberitahu emak tanpa berbohong. Emak pun menjawab dengan anak dengan suara yang lembut dan tidak memarahinya. Emaknya sekali, menyuruh anak membeli secawan susu lagi, dan meminta anak cuba memerhati sekeliling dan mencatatan apa yang wujud dalam sepanjang penjalanan pulang ke rumah.

Kali, anak tersebut pun mengikut arahan ibu, dan memerhati keindahan perjalanan pulang ke rumah, menikamati kecantikan pokok bunga, dan keluasan tasik yang jernih.

Akhirnya, susu yang baharu dibeli oleh anaknya tidak lagi tumpah. Anak tersebut memberitahu segala yang dia menikmati pemandangan yang cantik dalam perjalanan ke rumah. Akhirnya, emak memuji anak kerana telah berjaya dan tidak tertumpah susu tersebut...

Nilai yang terdapat dalam cerita ini.
Kawan-kawan, semasa kita berkerja atau belajar haruslah berfikiran tenang dan jangan tergesa-gesa, maka dapat menghasilkan sesuatu karya lebih berkualiti.

3 comments:

  1. Malangnya saya suka menyiapkan tugasan menjelang tibanya waktu nak hantar kertas kerja. Bukan saya sengaja, tapi ilham itu tidak ada. Dia suka datang pada saat kritikal. Yang dimaksudkan dengan kritikal, sudah semestinya saat-saat panik itu. Saya juga tahu ini hanya alasan.

    Walaubagaimanapun, saya tahu bahawa kita dapat bertenang kiranya tidak tergesa-gesa.

    ReplyDelete
  2. Memang inilah kelemahan saya. Saya selalu tergesa-gesa untuk menghabiskan kerja saya. Oleh itu, saya memang banyak kesalahan yang saya lakukan. Ini kerana leka. Apakah yang boleh saya buat supaya tenang dan sabar? Belajar dengan watak cerita ini?

    ReplyDelete
  3. siapkan kerja kita dengan tenang memang senang dicakap tapi apabila hendak dilakukan susah. kadang-kala disebabkan suatu kekangan menyebabkan kita akan tergesa-gesa membuat kerja. contohnya, kekurangan bahan rujukan, kesibukan ahli yang tidak bersama untuk menyiapkan kerja kumpulan dan banyak lagi...

    P/S :siapkan kerja dalam tergesa-gesa juga mendapat hasil yang berkualiti juga !!!

    ReplyDelete