Wednesday, October 14, 2009

Sekian terima kasih -DR NORMALIZA

Kelas ini, saya telah menerima banyak ilmu,contohnya, macam mana mengguna "Facebook" apakah itu "e-sastera", mereka papan cerita, "billboard","blog" dan sebagainya.

Selain itu, kursus ini telah banyak memberi peluang kepada saya untuk memahami perasaan orang lain, adat-resam bangsa lain Semasa bekerja dalam tugasan kumpulan. Kakak-kakak atau abang-abang juga turut menolong saya untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

Kalau kursus ini juga mengajar kami orang cara-cara menangkap gambar secara "profesional" maka saya percaya kursus akan lebih menarik.

Pasal mencipta sajak pula, saya percaya bahawa sesi cipta sajak dalam Bahasa Melayu, ia merupakan aktiviti satu yang baik untuk memperkukuhkan bahasa melayu saya, tambahan pula saya ialah seorang guru Bahasa Melayu.

Masih ingat lagi satu malam yang lalu, 1.30 am, emak menelefon saya tanya bahawa saya mengapa masih tidak balik lagi? Saya cakap , tengah menyiapkan tugasan . Emak pun cakap kesian anakku dengan perasaan yang sakit hati, saya pun balas ,itulah rezeki....

Di sini, saya juga ingat mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Dr.

Terima kasih Dr normaliza atas ajaran Dr. normaliza..... :)