Wednesday, October 14, 2009

Sekian terima kasih -DR NORMALIZA

Kelas ini, saya telah menerima banyak ilmu,contohnya, macam mana mengguna "Facebook" apakah itu "e-sastera", mereka papan cerita, "billboard","blog" dan sebagainya.

Selain itu, kursus ini telah banyak memberi peluang kepada saya untuk memahami perasaan orang lain, adat-resam bangsa lain Semasa bekerja dalam tugasan kumpulan. Kakak-kakak atau abang-abang juga turut menolong saya untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

Kalau kursus ini juga mengajar kami orang cara-cara menangkap gambar secara "profesional" maka saya percaya kursus akan lebih menarik.

Pasal mencipta sajak pula, saya percaya bahawa sesi cipta sajak dalam Bahasa Melayu, ia merupakan aktiviti satu yang baik untuk memperkukuhkan bahasa melayu saya, tambahan pula saya ialah seorang guru Bahasa Melayu.

Masih ingat lagi satu malam yang lalu, 1.30 am, emak menelefon saya tanya bahawa saya mengapa masih tidak balik lagi? Saya cakap , tengah menyiapkan tugasan . Emak pun cakap kesian anakku dengan perasaan yang sakit hati, saya pun balas ,itulah rezeki....

Di sini, saya juga ingat mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Dr.

Terima kasih Dr normaliza atas ajaran Dr. normaliza..... :)

Saturday, September 26, 2009

Semasa Hari Raya apa yang saya lakukan...

Saya bertungkus-rumus untuk menghabiskan tugasan yang diberi, membaca berehat dan lain-lain.... Kamu? Apa yang kamu telah lakukan?

hehehe.... kongsi lah...

Sunday, September 13, 2009

cepatnya... HARI RAYA NAK HAMPIR SUDAH...

Perayaan Hari Raya akan menjelang, di sini saya ingin mengucapaka SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan-kawan saya yang berbangsa Melayu.

Semoga kawan-kawan kalian menikmati kebahagian keluarga.

Monday, September 7, 2009

KUIH BULAN

Baru-baru in saya terima beberapa biji kuih bulan daripada kawan. Saya sendiri tidak beberapa suka makan kuih bulan, maka saya memotongnya menjadi hirisan kecil dan memberi kepada anak murid saya makan. Mereka berasa gembira kerana dapat mendapat makan kuih bulan daripada masa yang dijangka oleh mereka sendiri...

Bungkusan kuih bulan pada masa kini semakin cantik dan dapat menarik minat orang untuk membelinya. Tetapi, bungkusannya cantik, resipi sedap tak? Hehe

Anda sudah makan kuih bulan? Sila kongsikan jenama kuih bulan kegemaran anda.
hehe..

Monday, August 31, 2009

Cerita Kisah Secawan Susu

Pada musim sejuk yang lalu, seorang ibu meminta anaknya untuk membeli secawan susu, dan meminta anaknya agak susu itu tidak tumpah keluar dari cawan tersebut.

Anaknya pergi ke kedai susu membelinya dengan perasaan yang gembira. Dalam perjalanan pulang ke rumah, anaknya menjaga susu tersebut dengan teliti agak tidak tumpah.Tiba-tiba, anak itu, terjatuh dan secawan susu pun tumpah ke atas tanah. Anak tersebut berasa sedih.

Apabila tiba di rumah, anak pun memberitahu emak tanpa berbohong. Emak pun menjawab dengan anak dengan suara yang lembut dan tidak memarahinya. Emaknya sekali, menyuruh anak membeli secawan susu lagi, dan meminta anak cuba memerhati sekeliling dan mencatatan apa yang wujud dalam sepanjang penjalanan pulang ke rumah.

Kali, anak tersebut pun mengikut arahan ibu, dan memerhati keindahan perjalanan pulang ke rumah, menikamati kecantikan pokok bunga, dan keluasan tasik yang jernih.

Akhirnya, susu yang baharu dibeli oleh anaknya tidak lagi tumpah. Anak tersebut memberitahu segala yang dia menikmati pemandangan yang cantik dalam perjalanan ke rumah. Akhirnya, emak memuji anak kerana telah berjaya dan tidak tertumpah susu tersebut...

Nilai yang terdapat dalam cerita ini.
Kawan-kawan, semasa kita berkerja atau belajar haruslah berfikiran tenang dan jangan tergesa-gesa, maka dapat menghasilkan sesuatu karya lebih berkualiti.

Thursday, August 20, 2009

SAJAK...

sedihnya, selepas membacanya..
tak apa, janji kita pernah menghargainya.
kita haruslah sentiasa menghargai orang yang berada di sisi kita,
terutamanya ibu bapa.

Wednesday, August 19, 2009

Beberapa bulan yang lepas, saya diarahkan untuk melatih sekumpulan murid untuk merentas desa sewaktu hari sukan. Saya pun berasa gembira dapat melatih murid-murid ini....

Murid-murid ini, merupakan murid yang aktif dan nakal. Inilah peluang keemasan untuk melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan mendengar nasihat daripada cikgu pada hari lain.

Semasa melatih mereka, saya berasa pening kepala, kerana mereka tidak mahu mendengar arahan dan melakukannya dengan sesuka hati.... Peninglah saya, hampir masuk ke hospital..

Akhirnya, saya cuba berbaik-baik dengan mereka dan memahami perasaan mereka, dan keinginan mereka. Akhirnya, mereka barulah bekerjasama dengan saya dan berlatih kawat kaki dengan sepenuh hati dan berusaha... Saya juga tidak lupa memberi sagu hati kepada mereka atas usaha mereka dan bekerjasama dengan saya.

Saya juga berasa gembira atas kerjasama yang saya terima daripada mereka...

Saya juga harap mereka akan berjaya pada masa akan datang nanti.....

Monday, April 20, 2009

BUAYA

KAMU TAKUT BUAYA?

MARILAH KITA MENONTON PENDUDUK-PENDUDUK SARAWAK BAGAIMANA MEREKA MENANGKAP BUAYA.


http://www.youtube.com/watch?v=5q1RygodVuQ

Sama-sama kita hayatilah sajak.

http://halaqah.net/v10/index.php?board=45.0 forum ini mempunyai pelbagai jenis sajak dan puisi.

semoga anda terhibur dan menghayati sajak-sajak berikut.

MACAU 19/3/2009



MACAU merupakan stesen yang terakhir ketika melawat di situ, Macau terletak berhampiran dengan HONGKONG DAN CHINA.

Cuaca di Macau sentiasa sejuk yang mendung. Pemandangan situ amat cantik dan aman.

Macau juga merupakan sebuah negara yang banayak mempunyai bangunan judi" CASINO". Kami bukan kaki judi, maka kami tidak teringin untuk melawat ke "Casino"

Pada 17:10 kami pulang ke Malaysia dengan menaiki kapal AK53 AIRASIA.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat melancong ke negara keinginanku selama ini....

GUANG ZHOU

Pemandangan Zhu Jiang pada waktu malam.


Sekarang kami berada di GuangZhou.
Saya dan kawan saya bersedia untuk menaiki kapal ini untuk melayari pemandangan sungai yang cantik di GUANGZHOU.

GUANGZHOU juga merupakan satu tempat atau pusat beli-belah. Ia merupakan harga pemborong, para pelancong boleh membeli baju, kasut, seluar dan lain-lain dalam harga yang murah..

SHENZHEN....

SHI JIE ZHI CHUANG merupakan satu kawasan pelancongan
yang menarik.

16-3-2009, saya dan kawan bertolak dari HongKong ke ShenZhen dengan menggunakan kereta api masa perjalanan ialah satu jam setengah.


ShenZhen merupakan salah satu negeri daipada negera China. Kos pembelanjaan di ShenZhen agak murah jika berbanding dengan negara HongKong. Tetapi, kalian haruslah berhati-hati semasa membeli-belah di ShenZhen, penjaja kalian ShenZhen agak tidak jujur dan menggunakan wang kertas palsu.

BERCUTI DI HONG KONG, SHENZHEN, GUANGZHOU DAN MACAU

Pemandangan malam di Victoria Harbour, Hongkong

14-3-2009, saya dan kawan baik saya telah selamat mendarat di tapak HongKong. Kami berasa gembira kerana akhirnya kami pun tiba di tempat keinginan kami selama ini. Malam pertama, suhu darjah di HongKong adalah 10 darjah selsius, amat sejuk sekali.
Sepanjang berada di HongKong, kami telah melawat banyak tempat pelancongan, seperti; DISNEYLAND, PELABUHAN VICTORIA, DA YU SHAN, LAN GUI FONG dan sebagainya.

UTAMANKAN KESIHATAN KITA

PANDUAN PIRAMID PEMAKANAN

Masa kini, kita yang bekerja di bandar atau sibuk dengan kerja, maka kita cuma hanya kenyangkan perut dan tidak mengambil berat terhadap makan yang telah dimakan bersih atau sihat untuk badan kita.

Sekarang, saya berkongsi keseimbangan .

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.


KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

· Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
· Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

Scan PIRAMID MAKANAN

Lemak, Minyak dan Gula

Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Scan Gambar Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)

Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang.

Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana

Scan gambar Makanan membina badan (protein)

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

Scan gambar Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)

Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi

Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh. Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak.

LANGKAH PENJAGAAN DIET

1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.


10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

a. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
· Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

a. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

· 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

a. Kurangkan kafein

· Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

a. Kurangkan pengambilan garam.

· Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

a. Kurangkan gula

· Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.





a. Berhenti merokok

· Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

a. Berhenti dari pengambilan alkohol

· Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

a. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

· Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

· Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

· Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

Syarikat Penerbangan Murah Di Malaysia AIRASIA

AIRASIA

Baru-baru ini syarikat penerbangan AirAsia selalu menawarkan tiket penerbangan harga rendah. Jesteru, ia telah memberikan peluang kepada orang suka melancong ke luar negera dengan harga yang rendah ataupun menawarkan tiket percuma.(RM 0)
Oleh itu, Airasia telah dijadikan syarikat penerbangan pemilihan pertama saya untuk melancong ke luar negara, mahupun balik ke kampung saya.

WWW.CARI.COM.MY

Di sini, saya ingin memperkenal satu laman web yang amat berguna , informasi dan sentiasa melaporkan berita terkini kepada semua pembaca forum ini.

Forum ini anda mesti mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu, sebelum anda berhak berbincang sesuatu masalah mahupun isu-isu seperti denggi, ekonomi dan sebagainya.

link: www.cari.com.my :)

HALO

SELAMAT PETANG KEPADA SEMUA.

SAYA MASIH BARU LAGI DALAM "BLOG".

MULAI HARI INI MARILAH KITA BERKONGSI PENGALAMAN DALAM BIDANG PERKERJAAN KITA DAN KEHIDUPAN HARI KITA..