Wednesday, August 19, 2009

Beberapa bulan yang lepas, saya diarahkan untuk melatih sekumpulan murid untuk merentas desa sewaktu hari sukan. Saya pun berasa gembira dapat melatih murid-murid ini....

Murid-murid ini, merupakan murid yang aktif dan nakal. Inilah peluang keemasan untuk melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan mendengar nasihat daripada cikgu pada hari lain.

Semasa melatih mereka, saya berasa pening kepala, kerana mereka tidak mahu mendengar arahan dan melakukannya dengan sesuka hati.... Peninglah saya, hampir masuk ke hospital..

Akhirnya, saya cuba berbaik-baik dengan mereka dan memahami perasaan mereka, dan keinginan mereka. Akhirnya, mereka barulah bekerjasama dengan saya dan berlatih kawat kaki dengan sepenuh hati dan berusaha... Saya juga tidak lupa memberi sagu hati kepada mereka atas usaha mereka dan bekerjasama dengan saya.

Saya juga berasa gembira atas kerjasama yang saya terima daripada mereka...

Saya juga harap mereka akan berjaya pada masa akan datang nanti.....

1 comment:

  1. daniel..karangan ko ni formal betul la...sintaksis, morfologi, fonologian semantik cukup la...kah..kah..

    ReplyDelete