Wednesday, October 14, 2009

Sekian terima kasih -DR NORMALIZA

Kelas ini, saya telah menerima banyak ilmu,contohnya, macam mana mengguna "Facebook" apakah itu "e-sastera", mereka papan cerita, "billboard","blog" dan sebagainya.

Selain itu, kursus ini telah banyak memberi peluang kepada saya untuk memahami perasaan orang lain, adat-resam bangsa lain Semasa bekerja dalam tugasan kumpulan. Kakak-kakak atau abang-abang juga turut menolong saya untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

Kalau kursus ini juga mengajar kami orang cara-cara menangkap gambar secara "profesional" maka saya percaya kursus akan lebih menarik.

Pasal mencipta sajak pula, saya percaya bahawa sesi cipta sajak dalam Bahasa Melayu, ia merupakan aktiviti satu yang baik untuk memperkukuhkan bahasa melayu saya, tambahan pula saya ialah seorang guru Bahasa Melayu.

Masih ingat lagi satu malam yang lalu, 1.30 am, emak menelefon saya tanya bahawa saya mengapa masih tidak balik lagi? Saya cakap , tengah menyiapkan tugasan . Emak pun cakap kesian anakku dengan perasaan yang sakit hati, saya pun balas ,itulah rezeki....

Di sini, saya juga ingat mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Dr.

Terima kasih Dr normaliza atas ajaran Dr. normaliza..... :)

Saturday, September 26, 2009

Semasa Hari Raya apa yang saya lakukan...

Saya bertungkus-rumus untuk menghabiskan tugasan yang diberi, membaca berehat dan lain-lain.... Kamu? Apa yang kamu telah lakukan?

hehehe.... kongsi lah...

Sunday, September 13, 2009

cepatnya... HARI RAYA NAK HAMPIR SUDAH...

Perayaan Hari Raya akan menjelang, di sini saya ingin mengucapaka SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan-kawan saya yang berbangsa Melayu.

Semoga kawan-kawan kalian menikmati kebahagian keluarga.

Monday, September 7, 2009

KUIH BULAN

Baru-baru in saya terima beberapa biji kuih bulan daripada kawan. Saya sendiri tidak beberapa suka makan kuih bulan, maka saya memotongnya menjadi hirisan kecil dan memberi kepada anak murid saya makan. Mereka berasa gembira kerana dapat mendapat makan kuih bulan daripada masa yang dijangka oleh mereka sendiri...

Bungkusan kuih bulan pada masa kini semakin cantik dan dapat menarik minat orang untuk membelinya. Tetapi, bungkusannya cantik, resipi sedap tak? Hehe

Anda sudah makan kuih bulan? Sila kongsikan jenama kuih bulan kegemaran anda.
hehe..

Monday, August 31, 2009

Cerita Kisah Secawan Susu

Pada musim sejuk yang lalu, seorang ibu meminta anaknya untuk membeli secawan susu, dan meminta anaknya agak susu itu tidak tumpah keluar dari cawan tersebut.

Anaknya pergi ke kedai susu membelinya dengan perasaan yang gembira. Dalam perjalanan pulang ke rumah, anaknya menjaga susu tersebut dengan teliti agak tidak tumpah.Tiba-tiba, anak itu, terjatuh dan secawan susu pun tumpah ke atas tanah. Anak tersebut berasa sedih.

Apabila tiba di rumah, anak pun memberitahu emak tanpa berbohong. Emak pun menjawab dengan anak dengan suara yang lembut dan tidak memarahinya. Emaknya sekali, menyuruh anak membeli secawan susu lagi, dan meminta anak cuba memerhati sekeliling dan mencatatan apa yang wujud dalam sepanjang penjalanan pulang ke rumah.

Kali, anak tersebut pun mengikut arahan ibu, dan memerhati keindahan perjalanan pulang ke rumah, menikamati kecantikan pokok bunga, dan keluasan tasik yang jernih.

Akhirnya, susu yang baharu dibeli oleh anaknya tidak lagi tumpah. Anak tersebut memberitahu segala yang dia menikmati pemandangan yang cantik dalam perjalanan ke rumah. Akhirnya, emak memuji anak kerana telah berjaya dan tidak tertumpah susu tersebut...

Nilai yang terdapat dalam cerita ini.
Kawan-kawan, semasa kita berkerja atau belajar haruslah berfikiran tenang dan jangan tergesa-gesa, maka dapat menghasilkan sesuatu karya lebih berkualiti.

Thursday, August 20, 2009

SAJAK...

sedihnya, selepas membacanya..
tak apa, janji kita pernah menghargainya.
kita haruslah sentiasa menghargai orang yang berada di sisi kita,
terutamanya ibu bapa.

Wednesday, August 19, 2009

Beberapa bulan yang lepas, saya diarahkan untuk melatih sekumpulan murid untuk merentas desa sewaktu hari sukan. Saya pun berasa gembira dapat melatih murid-murid ini....

Murid-murid ini, merupakan murid yang aktif dan nakal. Inilah peluang keemasan untuk melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan mendengar nasihat daripada cikgu pada hari lain.

Semasa melatih mereka, saya berasa pening kepala, kerana mereka tidak mahu mendengar arahan dan melakukannya dengan sesuka hati.... Peninglah saya, hampir masuk ke hospital..

Akhirnya, saya cuba berbaik-baik dengan mereka dan memahami perasaan mereka, dan keinginan mereka. Akhirnya, mereka barulah bekerjasama dengan saya dan berlatih kawat kaki dengan sepenuh hati dan berusaha... Saya juga tidak lupa memberi sagu hati kepada mereka atas usaha mereka dan bekerjasama dengan saya.

Saya juga berasa gembira atas kerjasama yang saya terima daripada mereka...

Saya juga harap mereka akan berjaya pada masa akan datang nanti.....